Skip to main content

Portal Rasmi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani - Pengenalan

Portal Rasmi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani - Pengenalan

Industri akuakultur semakin berkembang dengan banyaknya dasar-dasar kerajaan yang membantu para penternak untuk memperluaskan cabang sektor pertanian ini. Untuk bakal pelajar Akuakultur tahun 2013 nanti, kita akan banyak berhubung dengan agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara yang utama adalah: Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Pertubuhan Peladang Kawasan dan badan-badan berkanun yang lain.

Banyak peluang yang boleh direbut oleh bakal keluaran kolej vokasional nanti.Salah satu projek yang sedang berjalan sekarang adalah Projek Berimpak Tinggi(HIP). 3 tahun lepas, cikgu pernah terlibat dengan team HIP ini.Cikgu bertugas memantau perjalanan projek-projek yang dijalankan.Prospek perniagaan sangat meluas.Semoga dengan adanya pelajar-pelajar akuakultur keluaran Kolej Vokasional ini nanti, dapatlah merebut peluang menjadi usahawan yang berjaya.

Kita juga akan menjalankan hubungan industri dengan pelbagai lagi agensi atau badan berkanun.Antara yang menanti anda semua adalah Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Komuniti Tampin.

Jadi, marilah mendaftar dalam kursus Akuakultur di Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau!
Kami sudah merangka pelbagai program untuk anda!

Comments

Popular posts from this blog

MAHA 2012

Setiap kali berlangsungnya pameran MAHA, maka cikgu tidak akan melepaskan peluang untuk menghadirinya.Pameran MAHA ini banyak mendedahkan akan kepentingan bidang pertanian dalam Malaysia dan menunjukkan bahawa bidang pertanian sememangnya boleh mendatangkan pelbagai keuntungan dan prospek kerjaya. Pengalaman cikgu bertugas semasa MAHA 2008 (kalau tak silap, cikgu dah lupa) tidak dapat dilupakan.Kemeriahan kunjungan orang ramai sangat menyeronokkan. Namun, ilmu-ilmu yang dipertontonkan sangat berguna dan memberi sejuta peluang dalam pelbagai bidang pertanian. Jadi, pada tahun ini, 2012, cikgu berhasrat untuk menghadirinya lagi dan cuba untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan bidang akuakultur khususnya air tawar bagi mempersiapkan kursus akuakultur pada tahun 2013.  Berikut adalah website yang boleh dilayari bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan MAHA 2012. http://www.maha.gov.my

PERTANDINGAN AQUASCAPING SEMPENA SEDEKAD KOLEJ KOMUNITI TAMPIN

Bidang :           AKUAKULTUR Tarikh :            3 JULAI 2019 (RABU) Tempat :          KOLEJ KOMUNITI TAMPIN, GEMENCHEH, NEGERI                                SEMBILAN Pencapaian :   NAIB JUARA Peserta :     1.     AHMAD AHNAF BIN ABU TALIB     2.     MOHAMED AZIM BIN MOHAMED HELMI Pensyarah Pembimbing / Pengiring :     1.     PN. NORARMIZA BINTI ANUAR     2.     En. MOHAMED ZULHISYAM BIN MOHD NOR PENYERTAAN BERKAITAN DENGAN AQUASCAPING KALI KEDUA DENGAN TEAM YANG BERBEZA. ALHAMDULILLAH MEMBUAHKAN HASIL. TAHNIAH TEAM SVM 2 AKUA!!! AWESOME!!