Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2014 BIDANG PERTANIAN

TARIKH : 17-18/10/2014 TEMPAT KOLEJ VOKASIONAL TELUK INTAN, PERAK PENCAPAIAN : TEMPAT KETIGA GURU PENGIRING : PN. NORARMIZA BINTI ANUAR PESERTA :  MUHAMMAD AMYRUL FIKRY BIN MOHD YUSOF (THN 2),  WAFIYUDDIN BIN AHMAD RUSHDAN (THN 2), MOHD AIDIL BIN ISKANDAR (THN 1), MOHD ZULHANAN BIN AYOP (THN1) Pertandingan ini telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi pertandingan. ilmu dan pengalaman yang diperolehi sangat bernilai. Inshaallah, tahun depan kita cuba lagi jadi juara kembali.

PERTANDINGAN AQUASCAPING & HATCHERY DESIGNER

      PENDAHULUAN Akuakultur berkait dengan hidupan dan tumbuhan akuatik. Sistem dan teknologinya digunapakai dalam akuarium, ikan hiasan, perikanan dan pemasaran disamping melibatkan pelbagai aktiviti ladang, pejabat dan makmal. Akuakultur merupakan satu bidang tidak pernah membosankan. OBJEKTIF Membekalkan tenaga kerja mahir dan usahawan yang berdaya saing, memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh industri, berwatak profesional dan diterima oleh pasaran kerja.       PERTANDINGAN YANG DIJALANKAN a)       PERTANDINGAN AQUASCAPING Pertandingan ini memupuk minat pelajar untuk menghasilkan lanskap dalam akuarium ( garden in the water ). Aktiviti ini boleh dikembangkan menjadi salah satu cabang perniagaan dalam bidang Akuakultur. Pelajar perlu menghias akuarium mengikut kreativiti sendiri dan menggunakan peralatan akuarium ikan hiasan dengan betul. b)      PERTANDINGAN HATCHERY DESIGNER Pertandingan ini memerlukan pelajar membina model hatcheri penetasan

HARI KOPERASI 2014 : PERTANDINGAN MENHIAS AKUARIUM IKAN HIASAN

Tarikh : 17/6/2014 - 20/6/14  Pensyarah Pembimbing : Pn. Norarmiza binti Anuar Pelajar terlibat : Semua pelajar tahun 2 SVM 2014 Program yang dijalankan : Pertandingan Menghias Akuarium Ikan Hiasan, pameran bermaklumat dan gerai jualan. Sempena sambutan hari koperasi peringkat kolej 2014, unit akuakultur diberi tanggungjawab menganjurkan pertandingan menghias akuarium ikan hiasan. sehubungan dengan itu, semua pelajar tahun 2 telah melibatkan diri 100% dalam menganjurkan pertanidngan tersebut. AJK pertandingan dibentuk dan masing-masing menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan baik sehingga mendapat komen yang positif daripada orang ramai. Penganjuran ini sangat bagus dalam mencungkil bakat kepimpinan pelajar dalam mengurus sesuatu perkara yang telah dipertanggungjawabkan. Syabas pelajar-pelajar Tahun 2 SVM !!

AMALI DI SYARIKAT YZ AQUACULTURE

Pensyarah pembimbing : Pn. Faridah Binti Ab Rasad & Cik Erlia Izzati binti Mohd Saat Pelajar terlibat : Pelajar Tahun 2 SVM 2014 Selain daripada pembelajaran dalam kolej, unit akuakultur juga bergerak menjalankan aktiviti diluar kolej, bersama dengan syarikat swasta yang terlibat dalam bidang akuakultur. Syarikat YZ AQUACULTURE ini diterajui oleh En. Yasin, salah seorang pengeluar benih ikan air tawar yang berjaya di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Beliau turut menjalankan penternakan ikan tilapia, keli, puyu dan lampam. Ladang ternakan beliau terletak di Kg. Ulu Gadong, Negeri Sembilan. Antara aktiviti pelajar Akuakultur yang dijalankan di ladang tersebut adalah : membersihkan dan mengapur dasar kolam memilih induk jantan dan betina ikan keli menjalankan penetasan ikan air tawar Kerjasama antara pihak kolej dan syarkat swasta sebegini akan dapat mengembangkan lagi industri akuakultur di Malaysia.

KARNIVAL KOLEJ VOKASIONAL 1 MALAYSIA DI KUANTAN

KARNIVAL KOLEJ VOKASIONAL 1 MALAYSIA DI KUANTAN Tarikh : 6/9/14-9/9/14 Pensyarah Pengiring : Pn. Faridah binti Ab Rasad Pelajar/ peserta :   Amirull Nur Ihderis Bin Azman  dan  Muhammad Norzaireen Hakim Bin Hosnin Unit Akuakultur KV DLM telah dijemput untuk membuat pameran bersama dengan Unit Pemprosesan Hasil Pertanian. Unit Akuakultur mempamerkan pengkulturan microworm dalam pelbagai medium. Diharap penyertaan ini akan dapat membantu membuka minda dan menambahkan ilmu pengetahuan pelajar.