Skip to main content

PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2012 (PERTANIAN)

Pada 22 September 2012, satu pertandingan kemahiran dalam bidang pertanian telah diadakan bertempat di Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau yang turut bertindak sebagai pengajur pertandingan.
Antara acara yang dipertandingkan adalah:

  • Membina struktur lindungan
  • Memproses Ayam
  • Menghias akuarium
  • Membina terarium
  • Mengendalikan jentera
Pertandingan yang banyak mencungkil bakat terpendam dan menyemarakkan kreativiti para pelajar sekolah teknik/ vokasional di seluruh negeri telah disertai oleh beberapa buah sekolah iaitu:

  • Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan
  • Sekolah Menengah Vokasional Teluk Intan, Teluk Intan, Perak
  • Sekolah Menengah Vokasional Chenor, Chenor, Pahang
  • Sekolah Menengah Sedia Raja, Rembau, Negeri Sembilan
  • Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka

Juara keseluruhan untuk pertandingan ini adalah Sekolah Menengah Vokasional Teluk Intan, Teluk Intan, Perak. Tahniah diucapkan. Semoga kita akan berjumpa lagi pada tahun hadapan..:)










*Penganjur, KVDLM turut memenangi dua acara iaitu, menghias akuarium dan membina terarium..congrats!!

Comments

Popular posts from this blog

MAHA 2012

Setiap kali berlangsungnya pameran MAHA, maka cikgu tidak akan melepaskan peluang untuk menghadirinya.Pameran MAHA ini banyak mendedahkan akan kepentingan bidang pertanian dalam Malaysia dan menunjukkan bahawa bidang pertanian sememangnya boleh mendatangkan pelbagai keuntungan dan prospek kerjaya. Pengalaman cikgu bertugas semasa MAHA 2008 (kalau tak silap, cikgu dah lupa) tidak dapat dilupakan.Kemeriahan kunjungan orang ramai sangat menyeronokkan. Namun, ilmu-ilmu yang dipertontonkan sangat berguna dan memberi sejuta peluang dalam pelbagai bidang pertanian. Jadi, pada tahun ini, 2012, cikgu berhasrat untuk menghadirinya lagi dan cuba untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan bidang akuakultur khususnya air tawar bagi mempersiapkan kursus akuakultur pada tahun 2013.  Berikut adalah website yang boleh dilayari bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan MAHA 2012. http://www.maha.gov.my

PERTANDINGAN AQUASCAPING SEMPENA SEDEKAD KOLEJ KOMUNITI TAMPIN

Bidang :           AKUAKULTUR Tarikh :            3 JULAI 2019 (RABU) Tempat :          KOLEJ KOMUNITI TAMPIN, GEMENCHEH, NEGERI                                SEMBILAN Pencapaian :   NAIB JUARA Peserta :     1.     AHMAD AHNAF BIN ABU TALIB     2.     MOHAMED AZIM BIN MOHAMED HELMI Pensyarah Pembimbing / Pengiring :     1.     PN. NORARMIZA BINTI ANUAR     2.     En. MOHAMED ZULHISYAM BIN MOHD NOR PENYERTAAN BERKAITAN DENGAN AQUASCAPING KALI KEDUA DENGAN TEAM YANG BERBEZA. ALHAMDULILLAH MEMBUAHKAN HASIL. TAHNIAH TEAM SVM 2 AKUA!!! AWESOME!!