Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

SOALAN TUGASAN CUTI SEKOLAH

Salam semua... selamat bercuti diucapkan...sempena cuti2 ni, saya akan memberi satu tugasan ringkas berkenaan dengan agensi2 kerajaan yang membantu usahawan dalam bidang akuakultur. contohnya : jabatan perikanan, LKIM, FAMA dan sebagainya... berikut adalah tajuk tugasan dan perkara yang penting yang perlu dilakukan oleh para pelajar : COVER TUGASAN SOALAN TUGASAN 2 Sekian dari saya, sebarang pertanyaan boleh diajukan dalam blog ini atau pun ke link yang berikut :  GROUP FB AQUACULTURE Selamat bercuti...jgn stress2 !!! enjoy!!

Aktiviti P&P Kursus Akuakultur...

salam... "cikgu...hari ni kita masuk kolam ke...???" itu adalah pertanyaan wajib pelajar2 akuakultur sepanjang masa persekolahan...mereka tersangatlah gembira  dan meronta2 ingin terjun ke dalam kolam tersebut..nampaknya kolam ikan dah bertukar menjadi swimming pool buat mereka...^^, sepanjang minggu ke 6 & 7 (18/2/13 sehingga 1/3/13), P&P akua lebih tertumpu kepada aktiviti di kolam ikan..Antara duti yang dijalankan adalah, membersihkan kawasan kolam dan dalam longkang, mengangkat tangki, melihat organ dalaman ikan, mengambil sampel tanah, mengambil/ menangkap ikan untuk disimpan sebagai induk, menggunakan pam air untuk mengeringkan kolam.... Aktiviti2 diatas dijalankan sebagai persediaan kepada amali2 yang akan dilaksanakan dalam modul 2,3 dan 4.Keseluruhannya, semua pelajar menunjukkan minat dan boleh menjalankan duti2 tersebut..tangkapan ikan juga amat lumayan..sebanyak 2 ekor ikan patin berjaya ditemui dan ditangkap dengan berat anggaran 4-5kg seekor mana

SELAMAT BERCUTI !

Salam selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar..sempena cuti selama seminggu ini, diharap para pelajar akan menjaga diri masing2 supaya anda semua akn selamat kembali ke kolej 17hb nanti.. Sebagai buah tangan semasa anda semua bercuti, kami menyediakan satu tugasan kepada anda untuk diselesaikan. Tugasan ini perlu dihantar pada 18-22hb Februari 2013. sila ke link berikut : a)   Soalan tugasan b) Muka depan tugasan c)  MODUL 1 d)  MODUL 2 e)  MODUL 3 f)  MODUL 4 happy chinnese new year and happy holiday!

MINGGU PERTAMA SESI P & P KURSUS AKUAKULTUR TAHUN 1 2013

Salam.. Bertemu lagi di ruangan blog ini...selamat datang sekali lagi untuk para pelajar tahun 1 kursus akuakultur ( Pioneer Batch )...seramai 22 orang telah mendaftar(setakat 1 Feb 2013) dan mungkin bilangan ini akan bertambah..Tahniah kerana telah memilih kursus Akuakultur! Selama seminggu anda semua telah menjalankan orientasi atau Minggu Silaturahim, diharap banyak manfaat dan info-info berguna dapat diambil dan dimanfaatkan. Minggu kedua persekolahan tahun 1 diserikan dengan kedatangan YB Tuan Khairy Jamaluddin, YB Parlimen Rembau ke Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja untuk Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan. Kedatangan YB sangat menggembirakan dan melalui ucapan YB, penekanan terhadap pendidikan vokasional sangat diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam mencapai taraf negara maju yang mempunyai tenaga pekerja yang mahir selaras dengan objektif utama kewujudan Kolej Vokasional. YB KJ bersama Tuan Pengarah dan YDP PIBG sekali lagi snap! Keesokan har

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Selamat datang tahun baru 2013...akhirnya kini kita telah berada dalam tahun 2013.. Maka secara rasminya kursus akuakultur telah dibuka kepada semua warga lepasan PMR 2012.. Semoga kedatangan tahun baru bakal membawa semangat baru dan rasa "fresh" pada semua. Permohonan kemasukan telah pun dibuka dan semakan keputusan tawaran akan diketahui pada 11 Januari 2013. Kepada yang telah ditawarkan silakanlah menerimanya..kepada yang tidak ditawarkan, boleh lah datang secara walk-in ke Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau. Kami menerima pelajar yang berminat dan serius untuk melibatkan diri dalam bidang akuakultur. Selamat datang, marilah bersama-sama memajukan bidang pertanian khususnya akuakultur !