Skip to main content

LAWATAN PELAJAR TAHUN 1 DVM AKUAKULTUR KE AQUARIA, KLCC

PENSYARAH PEMBIMBING : PN. NORARMIZA BINTI ANUAR, PN. FARIDAH BT AB RASAD & PN ERLIA IZZATI BINTI MOHD SAAT
PELAJAR TERLIBAT : TAHUN 1 DVM AKUAKULTUR
TARIKH : 27 MAC 2015
MASA : 8.00PG -5.00PTG

Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar DVM Tahun 1 Akuakultur ke Aquaria, KLCC terdiri daripada 31 orang pelajar dan 3 orang pensyarah Program Akuakultur. Matlamat Program Akuakultur ini diperkenalkan di Kolej Vokasional adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dalam bidang akuakultur, seterusnya dapat membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam alam pekerjaan.

Dalam usaha mencapai matlamat ini, Unit Akuakultur mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang sesuai dengan akuakultur. Oleh yang demikian, Aquaria KLCC menjadi salah satu destinasi pilihan kerana terdapat aktiviti yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidang akuakultur sepanjang tempoh lawatan ini.

Kepentingan aktiviti lawatan ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam sekolah. Aktiviti ini banyak menyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar agar dapat lebih memahami topik pembelajaran dengan lebih mendalam dalam situasi pembelajaran yang berbeza daripada kebiasaan di sekolah. 









Comments

Popular posts from this blog

MAHA 2012

Setiap kali berlangsungnya pameran MAHA, maka cikgu tidak akan melepaskan peluang untuk menghadirinya.Pameran MAHA ini banyak mendedahkan akan kepentingan bidang pertanian dalam Malaysia dan menunjukkan bahawa bidang pertanian sememangnya boleh mendatangkan pelbagai keuntungan dan prospek kerjaya. Pengalaman cikgu bertugas semasa MAHA 2008 (kalau tak silap, cikgu dah lupa) tidak dapat dilupakan.Kemeriahan kunjungan orang ramai sangat menyeronokkan. Namun, ilmu-ilmu yang dipertontonkan sangat berguna dan memberi sejuta peluang dalam pelbagai bidang pertanian. Jadi, pada tahun ini, 2012, cikgu berhasrat untuk menghadirinya lagi dan cuba untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan bidang akuakultur khususnya air tawar bagi mempersiapkan kursus akuakultur pada tahun 2013.  Berikut adalah website yang boleh dilayari bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan MAHA 2012. http://www.maha.gov.my