Skip to main content

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL TAHUN 2013

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke kolej vokasional seluruh malaysia (amnya) dan Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau (secara khususnya) telah dibuka mulai 24 september 2012.sehubungan itu, para pelajar lepasan PMR 2012 (bakal) boleh membuat permohonan secara online di http://apps.moe.gov.my/esptv/2012_mohon/ ataupun terus datang "walk-in" ke kolej kami~Kolej Dato' Lela Maharaja, Rembau.Pihak kolej mengalu-alukan kehadiran anda...:)

Hubungi KamiAdmin
Alamat:
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DATO' LELA MAHARAJA
71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
MALAYSIA

Telefon:
06-6851218
Fax:
06-6858178 / 06-6851831

Kursus yang ditawarkan:

AGROINDUSTRI TANAMAN
AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN
AGROINDUSTRI TERNAKAN POLTRI
HORTIKULTUR HIASAN
LANDSKAP
MEKANISASI AGRO
AKUAKULTUR
PEMPROSESAN HASIL

Comments

Popular posts from this blog

MAHA 2012

Setiap kali berlangsungnya pameran MAHA, maka cikgu tidak akan melepaskan peluang untuk menghadirinya.Pameran MAHA ini banyak mendedahkan akan kepentingan bidang pertanian dalam Malaysia dan menunjukkan bahawa bidang pertanian sememangnya boleh mendatangkan pelbagai keuntungan dan prospek kerjaya. Pengalaman cikgu bertugas semasa MAHA 2008 (kalau tak silap, cikgu dah lupa) tidak dapat dilupakan.Kemeriahan kunjungan orang ramai sangat menyeronokkan. Namun, ilmu-ilmu yang dipertontonkan sangat berguna dan memberi sejuta peluang dalam pelbagai bidang pertanian. Jadi, pada tahun ini, 2012, cikgu berhasrat untuk menghadirinya lagi dan cuba untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan bidang akuakultur khususnya air tawar bagi mempersiapkan kursus akuakultur pada tahun 2013.  Berikut adalah website yang boleh dilayari bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan MAHA 2012. http://www.maha.gov.my

LAWATAN PELAJAR TAHUN 1 DVM AKUAKULTUR KE AQUARIA, KLCC

PENSYARAH PEMBIMBING : PN. NORARMIZA BINTI ANUAR, PN. FARIDAH BT AB RASAD & PN ERLIA IZZATI BINTI MOHD SAAT PELAJAR TERLIBAT : TAHUN 1 DVM AKUAKULTUR TARIKH : 27 MAC 2015 MASA : 8.00PG -5.00PTG Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar DVM Tahun 1 Akuakultur ke Aquaria, KLCC terdiri daripada 31 orang pelajar dan 3 orang pensyarah Program Akuakultur. Matlamat Program Akuakultur ini diperkenalkan di Kolej Vokasional adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dalam bidang akuakultur, seterusnya dapat membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam alam pekerjaan. Dalam usaha mencapai matlamat ini, Unit Akuakultur mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang sesuai dengan akuakultur. Oleh yang demikian, Aquaria KLCC menjadi salah satu destinasi pilihan kerana terdapat aktiviti yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidang akuakultur sepanjang tempoh lawatan ini. Kepentingan aktivit...