Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

LAWATAN PELAJAR TAHUN 1 DVM AKUAKULTUR KE AQUARIA, KLCC

PENSYARAH PEMBIMBING : PN. NORARMIZA BINTI ANUAR, PN. FARIDAH BT AB RASAD & PN ERLIA IZZATI BINTI MOHD SAAT PELAJAR TERLIBAT : TAHUN 1 DVM AKUAKULTUR TARIKH : 27 MAC 2015 MASA : 8.00PG -5.00PTG Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar DVM Tahun 1 Akuakultur ke Aquaria, KLCC terdiri daripada 31 orang pelajar dan 3 orang pensyarah Program Akuakultur. Matlamat Program Akuakultur ini diperkenalkan di Kolej Vokasional adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dalam bidang akuakultur, seterusnya dapat membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam alam pekerjaan. Dalam usaha mencapai matlamat ini, Unit Akuakultur mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang sesuai dengan akuakultur. Oleh yang demikian, Aquaria KLCC menjadi salah satu destinasi pilihan kerana terdapat aktiviti yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidang akuakultur sepanjang tempoh lawatan ini. Kepentingan aktivit