Thursday, August 27, 2015

LAWATAN PELAJAR TAHUN 1 DVM AKUAKULTUR KE AQUARIA, KLCC

PENSYARAH PEMBIMBING : PN. NORARMIZA BINTI ANUAR, PN. FARIDAH BT AB RASAD & PN ERLIA IZZATI BINTI MOHD SAAT
PELAJAR TERLIBAT : TAHUN 1 DVM AKUAKULTUR
TARIKH : 27 MAC 2015
MASA : 8.00PG -5.00PTG

Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar DVM Tahun 1 Akuakultur ke Aquaria, KLCC terdiri daripada 31 orang pelajar dan 3 orang pensyarah Program Akuakultur. Matlamat Program Akuakultur ini diperkenalkan di Kolej Vokasional adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dalam bidang akuakultur, seterusnya dapat membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam alam pekerjaan.

Dalam usaha mencapai matlamat ini, Unit Akuakultur mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang sesuai dengan akuakultur. Oleh yang demikian, Aquaria KLCC menjadi salah satu destinasi pilihan kerana terdapat aktiviti yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidang akuakultur sepanjang tempoh lawatan ini.

Kepentingan aktiviti lawatan ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam sekolah. Aktiviti ini banyak menyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar agar dapat lebih memahami topik pembelajaran dengan lebih mendalam dalam situasi pembelajaran yang berbeza daripada kebiasaan di sekolah. 









Tuesday, February 17, 2015

BORANG PENYELIAAN ( PELAJAR DIPLOMA )

Assalamaualaikum wbt...

Seperti yang dimaklumkan dalam kelas pagi semalam 

(17/2/15-selasa), saya telah upload kan KSKV di group

 facebook dan di blog ini untuk kamu buat borang senarai 

semak penyeliaan. sebanyak 4 borang yang perlu disiapkan 

untuk dsemak oleh saya dan Pn. Faridah minggu hadapan.


sila klik :

KSKV TAHUN 1

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan rakan2 yang hadir ke kelas atau saya melalui WA/TELEGRAM/FB.

sekian, harap maklum.




Monday, February 16, 2015

TUGASAN MODUL 1 - TAHUN 1 AKUAKULTUR

ASSALAMUALAIKUM...

Seperti yang dijanjikan, berikut adalah soalan tugasan untuk pelajar-pelajar Tahun 1 Akuakultur.

sila klik SINI untuk melihat soalan tugasan dan cover folio.

Sila patuhi format yang telah diberikan.

Selamat bercuti dan menjalankan tugasan yang telah diberikan.




Saturday, January 3, 2015

PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2014 BIDANG PERTANIAN


TARIKH : 17-18/10/2014
TEMPAT KOLEJ VOKASIONAL TELUK INTAN, PERAK
PENCAPAIAN : TEMPAT KETIGA
GURU PENGIRING : PN. NORARMIZA BINTI ANUAR
PESERTA : MUHAMMAD AMYRUL FIKRY BIN MOHD YUSOF (THN 2), WAFIYUDDIN BIN AHMAD RUSHDAN (THN 2), MOHD AIDIL BIN ISKANDAR (THN 1), MOHD ZULHANAN BIN AYOP (THN1)

Pertandingan ini telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi pertandingan. ilmu dan pengalaman yang diperolehi sangat bernilai.
Inshaallah, tahun depan kita cuba lagi jadi juara kembali.











PERTANDINGAN AQUASCAPING & HATCHERY DESIGNER

      PENDAHULUAN
Akuakultur berkait dengan hidupan dan tumbuhan akuatik. Sistem dan teknologinya digunapakai dalam akuarium, ikan hiasan, perikanan dan pemasaran disamping melibatkan pelbagai aktiviti ladang, pejabat dan makmal. Akuakultur merupakan satu bidang tidak pernah membosankan.

OBJEKTIF
Membekalkan tenaga kerja mahir dan usahawan yang berdaya saing, memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh industri, berwatak profesional dan diterima oleh pasaran kerja.

      PERTANDINGAN YANG DIJALANKAN
a)      PERTANDINGAN AQUASCAPING
Pertandingan ini memupuk minat pelajar untuk menghasilkan lanskap dalam akuarium (garden in the water). Aktiviti ini boleh dikembangkan menjadi salah satu cabang perniagaan dalam bidang Akuakultur. Pelajar perlu menghias akuarium mengikut kreativiti sendiri dan menggunakan peralatan akuarium ikan hiasan dengan betul.

b)     PERTANDINGAN HATCHERY DESIGNER
Pertandingan ini memerlukan pelajar membina model hatcheri penetasan ikan air tawar yang sesuai berdasarkan Amalan Akuakultur Baik. Pelajar diberi kebebasan merekabentuk selagi mengikut garis panduan biosekuriti.

    SASARAN
Semua pelajar Program Akuakultur Tahun 1 dan Tahun 2  2014 Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja

  TARIKH PELAKSANAAN

14 & 15 Oktober 2014



















HARI KOPERASI 2014 : PERTANDINGAN MENHIAS AKUARIUM IKAN HIASAN

Tarikh : 17/6/2014 - 20/6/14 
Pensyarah Pembimbing : Pn. Norarmiza binti Anuar
Pelajar terlibat : Semua pelajar tahun 2 SVM 2014
Program yang dijalankan : Pertandingan Menghias Akuarium Ikan Hiasan, pameran bermaklumat dan gerai jualan.

Sempena sambutan hari koperasi peringkat kolej 2014, unit akuakultur diberi tanggungjawab menganjurkan pertandingan menghias akuarium ikan hiasan. sehubungan dengan itu, semua pelajar tahun 2 telah melibatkan diri 100% dalam menganjurkan pertanidngan tersebut. AJK pertandingan dibentuk dan masing-masing menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan baik sehingga mendapat komen yang positif daripada orang ramai.












Penganjuran ini sangat bagus dalam mencungkil bakat kepimpinan pelajar dalam mengurus sesuatu perkara yang telah dipertanggungjawabkan. Syabas pelajar-pelajar Tahun 2 SVM !!

AMALI DI SYARIKAT YZ AQUACULTURE

Pensyarah pembimbing : Pn. Faridah Binti Ab Rasad & Cik Erlia Izzati binti Mohd Saat
Pelajar terlibat : Pelajar Tahun 2 SVM 2014

Selain daripada pembelajaran dalam kolej, unit akuakultur juga bergerak menjalankan aktiviti diluar kolej, bersama dengan syarikat swasta yang terlibat dalam bidang akuakultur. Syarikat YZ AQUACULTURE ini diterajui oleh En. Yasin, salah seorang pengeluar benih ikan air tawar yang berjaya di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Beliau turut menjalankan penternakan ikan tilapia, keli, puyu dan lampam. Ladang ternakan beliau terletak di Kg. Ulu Gadong, Negeri Sembilan.
Antara aktiviti pelajar Akuakultur yang dijalankan di ladang tersebut adalah :
  1. membersihkan dan mengapur dasar kolam
  2. memilih induk jantan dan betina ikan keli
  3. menjalankan penetasan ikan air tawar










Kerjasama antara pihak kolej dan syarkat swasta sebegini akan dapat mengembangkan lagi industri akuakultur di Malaysia.

aquahavoc!!

aquahavoc!!