Pensyarah pembimbing : Pn. Faridah Binti Ab Rasad & Cik Erlia Izzati binti Mohd Saat
Pelajar terlibat : Pelajar Tahun 2 SVM 2014
Selain daripada pembelajaran dalam kolej, unit akuakultur juga bergerak menjalankan aktiviti diluar kolej, bersama dengan syarikat swasta yang terlibat dalam bidang akuakultur. Syarikat YZ AQUACULTURE ini diterajui oleh En. Yasin, salah seorang pengeluar benih ikan air tawar yang berjaya di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Beliau turut menjalankan penternakan ikan tilapia, keli, puyu dan lampam. Ladang ternakan beliau terletak di Kg. Ulu Gadong, Negeri Sembilan.
Antara aktiviti pelajar Akuakultur yang dijalankan di ladang tersebut adalah :
- membersihkan dan mengapur dasar kolam
- memilih induk jantan dan betina ikan keli
- menjalankan penetasan ikan air tawar
Kerjasama antara pihak kolej dan syarkat swasta sebegini akan dapat mengembangkan lagi industri akuakultur di Malaysia.
Comments
Post a Comment