Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

MAHA 2012

Setiap kali berlangsungnya pameran MAHA, maka cikgu tidak akan melepaskan peluang untuk menghadirinya.Pameran MAHA ini banyak mendedahkan akan kepentingan bidang pertanian dalam Malaysia dan menunjukkan bahawa bidang pertanian sememangnya boleh mendatangkan pelbagai keuntungan dan prospek kerjaya. Pengalaman cikgu bertugas semasa MAHA 2008 (kalau tak silap, cikgu dah lupa) tidak dapat dilupakan.Kemeriahan kunjungan orang ramai sangat menyeronokkan. Namun, ilmu-ilmu yang dipertontonkan sangat berguna dan memberi sejuta peluang dalam pelbagai bidang pertanian. Jadi, pada tahun ini, 2012, cikgu berhasrat untuk menghadirinya lagi dan cuba untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan bidang akuakultur khususnya air tawar bagi mempersiapkan kursus akuakultur pada tahun 2013.  Berikut adalah website yang boleh dilayari bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan MAHA 2012. http://www.maha.gov.my

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN (JANUARI 2013)

Siang tadi, beberapa pelajar SKM tahap 1 Pekerja Ladang Pertanian telah menyebut berkenaan program latihan kemahiran..maka setelah mencari di Google terpaparlah di skrin berkenaan iklan permohonan kemasukan program latihan pertanian kebangsaan ini untuk ambilan 2013. Ia di bawah pengurusan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC). Berikut adalah senarai bidang yang ditawarkan : tanaman ruminan(ternakan) pemprosesan makanan teknologi perikanan tangkapan  akuakultur pengeluaran padi Para pelajar boleh merujuk kepada link ini ~~ http://eputra.com/permohonan-kemasukan-program-latihan-kemahiran-pertanian-kebangsaan-januari-2013/  untuk lebih memahami iklan permohonan ini. Untuk urusan permohonan di bawah ATPIS ( Agriculture Training Program Information System )   boleh  merujuk kepada link ini ~~~ //www.moa.gov.my/natc/ Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 November 2012 dan para pelajar boleh mula menyemak status permohonan pada 22 November 2012. jika