Skip to main content

Posts

SELAMAT BERCUTI !

Salam selamat bercuti diucapkan kepada semua pelajar..sempena cuti selama seminggu ini, diharap para pelajar akan menjaga diri masing2 supaya anda semua akn selamat kembali ke kolej 17hb nanti.. Sebagai buah tangan semasa anda semua bercuti, kami menyediakan satu tugasan kepada anda untuk diselesaikan. Tugasan ini perlu dihantar pada 18-22hb Februari 2013. sila ke link berikut : a)   Soalan tugasan b) Muka depan tugasan c)  MODUL 1 d)  MODUL 2 e)  MODUL 3 f)  MODUL 4 happy chinnese new year and happy holiday!

MINGGU PERTAMA SESI P & P KURSUS AKUAKULTUR TAHUN 1 2013

Salam.. Bertemu lagi di ruangan blog ini...selamat datang sekali lagi untuk para pelajar tahun 1 kursus akuakultur ( Pioneer Batch )...seramai 22 orang telah mendaftar(setakat 1 Feb 2013) dan mungkin bilangan ini akan bertambah..Tahniah kerana telah memilih kursus Akuakultur! Selama seminggu anda semua telah menjalankan orientasi atau Minggu Silaturahim, diharap banyak manfaat dan info-info berguna dapat diambil dan dimanfaatkan. Minggu kedua persekolahan tahun 1 diserikan dengan kedatangan YB Tuan Khairy Jamaluddin, YB Parlimen Rembau ke Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja untuk Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan. Kedatangan YB sangat menggembirakan dan melalui ucapan YB, penekanan terhadap pendidikan vokasional sangat diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam mencapai taraf negara maju yang mempunyai tenaga pekerja yang mahir selaras dengan objektif utama kewujudan Kolej Vokasional. YB KJ bersama Tuan Pengarah dan YDP PIBG sekali lagi snap! Keesokan har...

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Selamat datang tahun baru 2013...akhirnya kini kita telah berada dalam tahun 2013.. Maka secara rasminya kursus akuakultur telah dibuka kepada semua warga lepasan PMR 2012.. Semoga kedatangan tahun baru bakal membawa semangat baru dan rasa "fresh" pada semua. Permohonan kemasukan telah pun dibuka dan semakan keputusan tawaran akan diketahui pada 11 Januari 2013. Kepada yang telah ditawarkan silakanlah menerimanya..kepada yang tidak ditawarkan, boleh lah datang secara walk-in ke Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau. Kami menerima pelajar yang berminat dan serius untuk melibatkan diri dalam bidang akuakultur. Selamat datang, marilah bersama-sama memajukan bidang pertanian khususnya akuakultur !

MAHA 2012

Setiap kali berlangsungnya pameran MAHA, maka cikgu tidak akan melepaskan peluang untuk menghadirinya.Pameran MAHA ini banyak mendedahkan akan kepentingan bidang pertanian dalam Malaysia dan menunjukkan bahawa bidang pertanian sememangnya boleh mendatangkan pelbagai keuntungan dan prospek kerjaya. Pengalaman cikgu bertugas semasa MAHA 2008 (kalau tak silap, cikgu dah lupa) tidak dapat dilupakan.Kemeriahan kunjungan orang ramai sangat menyeronokkan. Namun, ilmu-ilmu yang dipertontonkan sangat berguna dan memberi sejuta peluang dalam pelbagai bidang pertanian. Jadi, pada tahun ini, 2012, cikgu berhasrat untuk menghadirinya lagi dan cuba untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan bidang akuakultur khususnya air tawar bagi mempersiapkan kursus akuakultur pada tahun 2013.  Berikut adalah website yang boleh dilayari bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan MAHA 2012. http://www.maha.gov.my

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN (JANUARI 2013)

Siang tadi, beberapa pelajar SKM tahap 1 Pekerja Ladang Pertanian telah menyebut berkenaan program latihan kemahiran..maka setelah mencari di Google terpaparlah di skrin berkenaan iklan permohonan kemasukan program latihan pertanian kebangsaan ini untuk ambilan 2013. Ia di bawah pengurusan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC). Berikut adalah senarai bidang yang ditawarkan : tanaman ruminan(ternakan) pemprosesan makanan teknologi perikanan tangkapan  akuakultur pengeluaran padi Para pelajar boleh merujuk kepada link ini ~~ http://eputra.com/permohonan-kemasukan-program-latihan-kemahiran-pertanian-kebangsaan-januari-2013/  untuk lebih memahami iklan permohonan ini. Untuk urusan permohonan di bawah ATPIS ( Agriculture Training Program Information System )   boleh  merujuk kepada link ini ~~~ //www.moa.gov.my/natc/ Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 November 2012 dan para pelajar boleh mula menyemak status permohonan pada ...

Portal Rasmi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani - Pengenalan

Portal Rasmi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani - Pengenalan Industri akuakultur semakin berkembang dengan banyaknya dasar-dasar kerajaan yang membantu para penternak untuk memperluaskan cabang sektor pertanian ini. Untuk bakal pelajar Akuakultur tahun 2013 nanti, kita akan banyak berhubung dengan agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara yang utama adalah: Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Pertubuhan Peladang Kawasan dan badan-badan berkanun yang lain. Banyak peluang yang boleh direbut oleh bakal keluaran kolej vokasional nanti.Salah satu projek yang sedang berjalan sekarang adalah Projek Berimpak Tinggi(HIP). 3 tahun lepas, cikgu pernah terlibat dengan team HIP ini.Cikgu bertugas memantau perjalanan projek-projek yang dijalankan.Prospek perniagaan sangat meluas.Semoga dengan adanya pelajar-pelajar akuakultur keluaran Kolej Vokasional ini nanti, dapatlah merebut peluang menjadi usahawan yang...