Skip to main content

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Selamat datang tahun baru 2013...akhirnya kini kita telah berada dalam tahun 2013..
Maka secara rasminya kursus akuakultur telah dibuka kepada semua warga lepasan PMR 2012..
Semoga kedatangan tahun baru bakal membawa semangat baru dan rasa "fresh" pada semua.
Permohonan kemasukan telah pun dibuka dan semakan keputusan tawaran akan diketahui pada 11 Januari 2013. Kepada yang telah ditawarkan silakanlah menerimanya..kepada yang tidak ditawarkan, boleh lah datang secara walk-in ke Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau. Kami menerima pelajar yang berminat dan serius untuk melibatkan diri dalam bidang akuakultur.

Selamat datang, marilah bersama-sama memajukan bidang pertanian khususnya akuakultur !

Comments

Popular posts from this blog

MAHA 2012

Setiap kali berlangsungnya pameran MAHA, maka cikgu tidak akan melepaskan peluang untuk menghadirinya.Pameran MAHA ini banyak mendedahkan akan kepentingan bidang pertanian dalam Malaysia dan menunjukkan bahawa bidang pertanian sememangnya boleh mendatangkan pelbagai keuntungan dan prospek kerjaya. Pengalaman cikgu bertugas semasa MAHA 2008 (kalau tak silap, cikgu dah lupa) tidak dapat dilupakan.Kemeriahan kunjungan orang ramai sangat menyeronokkan. Namun, ilmu-ilmu yang dipertontonkan sangat berguna dan memberi sejuta peluang dalam pelbagai bidang pertanian. Jadi, pada tahun ini, 2012, cikgu berhasrat untuk menghadirinya lagi dan cuba untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan bidang akuakultur khususnya air tawar bagi mempersiapkan kursus akuakultur pada tahun 2013.  Berikut adalah website yang boleh dilayari bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan MAHA 2012. http://www.maha.gov.my

PERTANDINGAN AQUASCAPING SEMPENA SEDEKAD KOLEJ KOMUNITI TAMPIN

Bidang :           AKUAKULTUR Tarikh :            3 JULAI 2019 (RABU) Tempat :          KOLEJ KOMUNITI TAMPIN, GEMENCHEH, NEGERI                                SEMBILAN Pencapaian :   NAIB JUARA Peserta :     1.     AHMAD AHNAF BIN ABU TALIB     2.     MOHAMED AZIM BIN MOHAMED HELMI Pensyarah Pembimbing / Pengiring :     1.     PN. NORARMIZA BINTI ANUAR     2.     En. MOHAMED ZULHISYAM BIN MOHD NOR PENYERTAAN BERKAITAN DENGAN AQUASCAPING KALI KEDUA DENGAN TEAM YANG BERBEZA. ALHAMDULILLAH MEMBUAHKAN HASIL. TAHNIAH TEAM SVM 2 AKUA!!! AWESOME!!