Skip to main content

MINGGU PERTAMA SESI P & P KURSUS AKUAKULTUR TAHUN 1 2013

Salam..

Bertemu lagi di ruangan blog ini...selamat datang sekali lagi untuk para pelajar tahun 1 kursus akuakultur (Pioneer Batch)...seramai 22 orang telah mendaftar(setakat 1 Feb 2013) dan mungkin bilangan ini akan bertambah..Tahniah kerana telah memilih kursus Akuakultur!

Selama seminggu anda semua telah menjalankan orientasi atau Minggu Silaturahim, diharap banyak manfaat dan info-info berguna dapat diambil dan dimanfaatkan. Minggu kedua persekolahan tahun 1 diserikan dengan kedatangan YB Tuan Khairy Jamaluddin, YB Parlimen Rembau ke Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja untuk Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan. Kedatangan YB sangat menggembirakan dan melalui ucapan YB, penekanan terhadap pendidikan vokasional sangat diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam mencapai taraf negara maju yang mempunyai tenaga pekerja yang mahir selaras dengan objektif utama kewujudan Kolej Vokasional.

YB KJ bersama Tuan Pengarah dan YDP PIBG


sekali lagi snap!

Keesokan harinya, 29 Januari 2013, maka bermulah sesi P&P yang pertama pelajar Akua...sebagai sesi pengenalan maka semua pelajar diwajibkan masuk ke dalam kolam ikan a.k.a swimming pool yang ada di kawasan ladang kolej..


gegadis akua sedang cuba mencecahkan diri ke air yang tenang..
siap berpegangan tangan tuu...

jejaka2 gagah sedang menunujukkan kekuatan mereka!

w/pun anda gagah, namun masih perlu perhatian cik pensyarah tersayang^^


membuang rumput yang panjang

merobohkan pelantar lama untuk membuat yang baru

Seronok melihat aksi anda dalam kolam, sehinggakan puan pensyarah pun rasa nak terjun, tetapi, keadaan kesihatan tidak mengizinkan In Sha Allah amali akan datang kami akan turut bersama anda (hehehehehe....^^)
Ape yang paling best adalah sikap anda semua yang sangat sporting untuk terjun ke dalam swimming pool kita ini..sampai ada yang terjatuh kaca mata ke dalam kolam, luka2..tahniah juga untuk pelajar perempuan yang sangat berani menjejakkan diri ke dalam pool ini..:)

hari kedua P&P meyaksikan pelajar2 akua di uji untuk masuk membersihkan kolam itik.Walaupun berat namun, tugasan dan arahan kerja perlu dilaksanakan. Maka.........

kerja bersungguh memberi untung..^^

apa yang penting, KERJASAMA!!!

Mereka sgt bagus, tidak perlu disuruh berulang kali...

good job guys!


dan akhirnya pada hari ketiga kita menjalankan sesi P&P secara teori pula..maka sesi menyalin nota pun bermula..

Maka, berakhirlah tulisan blog pd kali ini..berkemungkinan selepas post ini, blog akuakultur ini akan diambil alih sepenuhnya oleh para pelajar Akuakultur sendiri..justeru, semoga apa yang tercatat dapat memberi manfaat, kalau tersilap tanda saya manusia yang kemahiran berblognya tidak lengkap...

Salam hujung minggu!

~ArmiZa~



Comments

Popular posts from this blog

LAWATAN PELAJAR TAHUN 1 DVM AKUAKULTUR KE AQUARIA, KLCC

PENSYARAH PEMBIMBING : PN. NORARMIZA BINTI ANUAR, PN. FARIDAH BT AB RASAD & PN ERLIA IZZATI BINTI MOHD SAAT PELAJAR TERLIBAT : TAHUN 1 DVM AKUAKULTUR TARIKH : 27 MAC 2015 MASA : 8.00PG -5.00PTG Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar DVM Tahun 1 Akuakultur ke Aquaria, KLCC terdiri daripada 31 orang pelajar dan 3 orang pensyarah Program Akuakultur. Matlamat Program Akuakultur ini diperkenalkan di Kolej Vokasional adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dalam bidang akuakultur, seterusnya dapat membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam alam pekerjaan. Dalam usaha mencapai matlamat ini, Unit Akuakultur mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang sesuai dengan akuakultur. Oleh yang demikian, Aquaria KLCC menjadi salah satu destinasi pilihan kerana terdapat aktiviti yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidang akuakultur sepanjang tempoh lawatan ini. Kepentingan aktivit...

AMALI DI SYARIKAT YZ AQUACULTURE

Pensyarah pembimbing : Pn. Faridah Binti Ab Rasad & Cik Erlia Izzati binti Mohd Saat Pelajar terlibat : Pelajar Tahun 2 SVM 2014 Selain daripada pembelajaran dalam kolej, unit akuakultur juga bergerak menjalankan aktiviti diluar kolej, bersama dengan syarikat swasta yang terlibat dalam bidang akuakultur. Syarikat YZ AQUACULTURE ini diterajui oleh En. Yasin, salah seorang pengeluar benih ikan air tawar yang berjaya di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Beliau turut menjalankan penternakan ikan tilapia, keli, puyu dan lampam. Ladang ternakan beliau terletak di Kg. Ulu Gadong, Negeri Sembilan. Antara aktiviti pelajar Akuakultur yang dijalankan di ladang tersebut adalah : membersihkan dan mengapur dasar kolam memilih induk jantan dan betina ikan keli menjalankan penetasan ikan air tawar Kerjasama antara pihak kolej dan syarkat swasta sebegini akan dapat mengembangkan lagi industri akuakultur di Malaysia.