Skip to main content

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN (JANUARI 2013)

Siang tadi, beberapa pelajar SKM tahap 1 Pekerja Ladang Pertanian telah menyebut berkenaan program latihan kemahiran..maka setelah mencari di Google terpaparlah di skrin berkenaan iklan permohonan kemasukan program latihan pertanian kebangsaan ini untuk ambilan 2013. Ia di bawah pengurusan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC).

Berikut adalah senarai bidang yang ditawarkan :

  • tanaman
  • ruminan(ternakan)
  • pemprosesan makanan
  • teknologi perikanan tangkapan 
  • akuakultur
  • pengeluaran padi



Para pelajar boleh merujuk kepada link ini ~~

Untuk urusan permohonan di bawah ATPIS (Agriculture Training Program Information System boleh merujuk kepada link ini ~~~
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 November 2012 dan para pelajar boleh mula menyemak status permohonan pada 22 November 2012.
jika berminat masih belum terlambat untuk memohon..selamat mencuba!

~Di bawah adalah iklan permohonan kemasukan seperti yang diwar2kan.




Comments

Popular posts from this blog

MAHA 2012

Setiap kali berlangsungnya pameran MAHA, maka cikgu tidak akan melepaskan peluang untuk menghadirinya.Pameran MAHA ini banyak mendedahkan akan kepentingan bidang pertanian dalam Malaysia dan menunjukkan bahawa bidang pertanian sememangnya boleh mendatangkan pelbagai keuntungan dan prospek kerjaya. Pengalaman cikgu bertugas semasa MAHA 2008 (kalau tak silap, cikgu dah lupa) tidak dapat dilupakan.Kemeriahan kunjungan orang ramai sangat menyeronokkan. Namun, ilmu-ilmu yang dipertontonkan sangat berguna dan memberi sejuta peluang dalam pelbagai bidang pertanian. Jadi, pada tahun ini, 2012, cikgu berhasrat untuk menghadirinya lagi dan cuba untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan bidang akuakultur khususnya air tawar bagi mempersiapkan kursus akuakultur pada tahun 2013.  Berikut adalah website yang boleh dilayari bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan MAHA 2012. http://www.maha.gov.my

AMALI DI SYARIKAT YZ AQUACULTURE

Pensyarah pembimbing : Pn. Faridah Binti Ab Rasad & Cik Erlia Izzati binti Mohd Saat Pelajar terlibat : Pelajar Tahun 2 SVM 2014 Selain daripada pembelajaran dalam kolej, unit akuakultur juga bergerak menjalankan aktiviti diluar kolej, bersama dengan syarikat swasta yang terlibat dalam bidang akuakultur. Syarikat YZ AQUACULTURE ini diterajui oleh En. Yasin, salah seorang pengeluar benih ikan air tawar yang berjaya di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Beliau turut menjalankan penternakan ikan tilapia, keli, puyu dan lampam. Ladang ternakan beliau terletak di Kg. Ulu Gadong, Negeri Sembilan. Antara aktiviti pelajar Akuakultur yang dijalankan di ladang tersebut adalah : membersihkan dan mengapur dasar kolam memilih induk jantan dan betina ikan keli menjalankan penetasan ikan air tawar Kerjasama antara pihak kolej dan syarkat swasta sebegini akan dapat mengembangkan lagi industri akuakultur di Malaysia.