Skip to main content

PERTANDINGAN AQUASCAPING & HATCHERY DESIGNER

      PENDAHULUAN
Akuakultur berkait dengan hidupan dan tumbuhan akuatik. Sistem dan teknologinya digunapakai dalam akuarium, ikan hiasan, perikanan dan pemasaran disamping melibatkan pelbagai aktiviti ladang, pejabat dan makmal. Akuakultur merupakan satu bidang tidak pernah membosankan.

OBJEKTIF
Membekalkan tenaga kerja mahir dan usahawan yang berdaya saing, memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh industri, berwatak profesional dan diterima oleh pasaran kerja.

      PERTANDINGAN YANG DIJALANKAN
a)      PERTANDINGAN AQUASCAPING
Pertandingan ini memupuk minat pelajar untuk menghasilkan lanskap dalam akuarium (garden in the water). Aktiviti ini boleh dikembangkan menjadi salah satu cabang perniagaan dalam bidang Akuakultur. Pelajar perlu menghias akuarium mengikut kreativiti sendiri dan menggunakan peralatan akuarium ikan hiasan dengan betul.

b)     PERTANDINGAN HATCHERY DESIGNER
Pertandingan ini memerlukan pelajar membina model hatcheri penetasan ikan air tawar yang sesuai berdasarkan Amalan Akuakultur Baik. Pelajar diberi kebebasan merekabentuk selagi mengikut garis panduan biosekuriti.

    SASARAN
Semua pelajar Program Akuakultur Tahun 1 dan Tahun 2  2014 Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja

  TARIKH PELAKSANAAN

14 & 15 Oktober 2014



















Comments

Popular posts from this blog

MAHA 2012

Setiap kali berlangsungnya pameran MAHA, maka cikgu tidak akan melepaskan peluang untuk menghadirinya.Pameran MAHA ini banyak mendedahkan akan kepentingan bidang pertanian dalam Malaysia dan menunjukkan bahawa bidang pertanian sememangnya boleh mendatangkan pelbagai keuntungan dan prospek kerjaya. Pengalaman cikgu bertugas semasa MAHA 2008 (kalau tak silap, cikgu dah lupa) tidak dapat dilupakan.Kemeriahan kunjungan orang ramai sangat menyeronokkan. Namun, ilmu-ilmu yang dipertontonkan sangat berguna dan memberi sejuta peluang dalam pelbagai bidang pertanian. Jadi, pada tahun ini, 2012, cikgu berhasrat untuk menghadirinya lagi dan cuba untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan bidang akuakultur khususnya air tawar bagi mempersiapkan kursus akuakultur pada tahun 2013.  Berikut adalah website yang boleh dilayari bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan MAHA 2012. http://www.maha.gov.my

AMALI DI SYARIKAT YZ AQUACULTURE

Pensyarah pembimbing : Pn. Faridah Binti Ab Rasad & Cik Erlia Izzati binti Mohd Saat Pelajar terlibat : Pelajar Tahun 2 SVM 2014 Selain daripada pembelajaran dalam kolej, unit akuakultur juga bergerak menjalankan aktiviti diluar kolej, bersama dengan syarikat swasta yang terlibat dalam bidang akuakultur. Syarikat YZ AQUACULTURE ini diterajui oleh En. Yasin, salah seorang pengeluar benih ikan air tawar yang berjaya di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Beliau turut menjalankan penternakan ikan tilapia, keli, puyu dan lampam. Ladang ternakan beliau terletak di Kg. Ulu Gadong, Negeri Sembilan. Antara aktiviti pelajar Akuakultur yang dijalankan di ladang tersebut adalah : membersihkan dan mengapur dasar kolam memilih induk jantan dan betina ikan keli menjalankan penetasan ikan air tawar Kerjasama antara pihak kolej dan syarkat swasta sebegini akan dapat mengembangkan lagi industri akuakultur di Malaysia.