Skip to main content

Aktiviti P&P Kursus Akuakultur...

salam...

"cikgu...hari ni kita masuk kolam ke...???"

itu adalah pertanyaan wajib pelajar2 akuakultur sepanjang masa persekolahan...mereka tersangatlah gembira  dan meronta2 ingin terjun ke dalam kolam tersebut..nampaknya kolam ikan dah bertukar menjadi swimming pool buat mereka...^^,

sepanjang minggu ke 6 & 7 (18/2/13 sehingga 1/3/13), P&P akua lebih tertumpu kepada aktiviti di kolam ikan..Antara duti yang dijalankan adalah, membersihkan kawasan kolam dan dalam longkang, mengangkat tangki, melihat organ dalaman ikan, mengambil sampel tanah, mengambil/ menangkap ikan untuk disimpan sebagai induk, menggunakan pam air untuk mengeringkan kolam....

Aktiviti2 diatas dijalankan sebagai persediaan kepada amali2 yang akan dilaksanakan dalam modul 2,3 dan 4.Keseluruhannya, semua pelajar menunjukkan minat dan boleh menjalankan duti2 tersebut..tangkapan ikan juga amat lumayan..sebanyak 2 ekor ikan patin berjaya ditemui dan ditangkap dengan berat anggaran 4-5kg seekor manakal selebihnya pula adalah ikan keli.

Semoga kerjasama yang ditunujukkan akan diteruskan lagi dalam P&P akan datang...till then, chiao!!

RANGKUMAN AKTIVITI SEPANJANG 2 MINGGU 















KONON2 LA TU...








GADIS2 BALDI???^^,







TANGKAPAN LUMAYAN





PAM AIR YANG DI POMEN OLEH MEREKA

Comments

Popular posts from this blog

MAHA 2012

Setiap kali berlangsungnya pameran MAHA, maka cikgu tidak akan melepaskan peluang untuk menghadirinya.Pameran MAHA ini banyak mendedahkan akan kepentingan bidang pertanian dalam Malaysia dan menunjukkan bahawa bidang pertanian sememangnya boleh mendatangkan pelbagai keuntungan dan prospek kerjaya. Pengalaman cikgu bertugas semasa MAHA 2008 (kalau tak silap, cikgu dah lupa) tidak dapat dilupakan.Kemeriahan kunjungan orang ramai sangat menyeronokkan. Namun, ilmu-ilmu yang dipertontonkan sangat berguna dan memberi sejuta peluang dalam pelbagai bidang pertanian. Jadi, pada tahun ini, 2012, cikgu berhasrat untuk menghadirinya lagi dan cuba untuk mengumpul seberapa banyak maklumat berkenaan bidang akuakultur khususnya air tawar bagi mempersiapkan kursus akuakultur pada tahun 2013.  Berikut adalah website yang boleh dilayari bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan MAHA 2012. http://www.maha.gov.my

PERTANDINGAN AQUASCAPING SEMPENA SEDEKAD KOLEJ KOMUNITI TAMPIN

Bidang :           AKUAKULTUR Tarikh :            3 JULAI 2019 (RABU) Tempat :          KOLEJ KOMUNITI TAMPIN, GEMENCHEH, NEGERI                                SEMBILAN Pencapaian :   NAIB JUARA Peserta :     1.     AHMAD AHNAF BIN ABU TALIB     2.     MOHAMED AZIM BIN MOHAMED HELMI Pensyarah Pembimbing / Pengiring :     1.     PN. NORARMIZA BINTI ANUAR     2.     En. MOHAMED ZULHISYAM BIN MOHD NOR PENYERTAAN BERKAITAN DENGAN AQUASCAPING KALI KEDUA DENGAN TEAM YANG BERBEZA. ALHAMDULILLAH MEMBUAHKAN HASIL. TAHNIAH TEAM SVM 2 AKUA!!! AWESOME!!