Pada 22 September 2012, satu pertandingan kemahiran dalam bidang pertanian telah diadakan bertempat di Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau yang turut bertindak sebagai pengajur pertandingan. Antara acara yang dipertandingkan adalah: Membina struktur lindungan Memproses Ayam Menghias akuarium Membina terarium Mengendalikan jentera Pertandingan yang banyak mencungkil bakat terpendam dan menyemarakkan kreativiti para pelajar sekolah teknik/ vokasional di seluruh negeri telah disertai oleh beberapa buah sekolah iaitu: Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan Sekolah Menengah Vokasional Teluk Intan, Teluk Intan, Perak Sekolah Menengah Vokasional Chenor, Chenor, Pahang Sekolah Menengah Sedia Raja, Rembau, Negeri Sembilan Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka Juara keseluruhan untuk pertandingan ini adalah Sekolah Menengah Vokasional Teluk Intan, Teluk Intan, Perak. Tahniah diucapkan. Semoga kita akan berjumpa lagi pada tahu...