Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Portal Rasmi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani - Pengenalan

Portal Rasmi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani - Pengenalan Industri akuakultur semakin berkembang dengan banyaknya dasar-dasar kerajaan yang membantu para penternak untuk memperluaskan cabang sektor pertanian ini. Untuk bakal pelajar Akuakultur tahun 2013 nanti, kita akan banyak berhubung dengan agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara yang utama adalah: Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Pertubuhan Peladang Kawasan dan badan-badan berkanun yang lain. Banyak peluang yang boleh direbut oleh bakal keluaran kolej vokasional nanti.Salah satu projek yang sedang berjalan sekarang adalah Projek Berimpak Tinggi(HIP). 3 tahun lepas, cikgu pernah terlibat dengan team HIP ini.Cikgu bertugas memantau perjalanan projek-projek yang dijalankan.Prospek perniagaan sangat meluas.Semoga dengan adanya pelajar-pelajar akuakultur keluaran Kolej Vokasional ini nanti, dapatlah merebut peluang menjadi usahawan yang

PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2012 (PERTANIAN)

Pada 22 September 2012, satu pertandingan kemahiran dalam bidang pertanian telah diadakan bertempat di Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau yang turut bertindak sebagai pengajur pertandingan. Antara acara yang dipertandingkan adalah: Membina struktur lindungan Memproses Ayam Menghias akuarium Membina terarium Mengendalikan jentera Pertandingan yang banyak mencungkil bakat terpendam dan menyemarakkan kreativiti para pelajar sekolah teknik/ vokasional di seluruh negeri telah disertai oleh beberapa buah sekolah iaitu: Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan Sekolah Menengah Vokasional Teluk Intan, Teluk Intan, Perak Sekolah Menengah Vokasional Chenor, Chenor, Pahang Sekolah Menengah Sedia Raja, Rembau, Negeri Sembilan Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka Juara keseluruhan untuk pertandingan ini adalah Sekolah Menengah Vokasional Teluk Intan, Teluk Intan, Perak. Tahniah diucapkan. Semoga kita akan berjumpa lagi pada tahu

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL TAHUN 2013

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke kolej vokasional seluruh malaysia (amnya) dan Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau (secara khususnya) telah dibuka mulai 24 september 2012.sehubungan itu, para pelajar lepasan PMR 2012 (bakal) boleh membuat permohonan secara online di  http://apps.moe.gov.my/esptv/2012_mohon/  ataupun terus datang "walk-in" ke kolej kami~Kolej Dato' Lela Maharaja, Rembau.Pihak kolej mengalu-alukan kehadiran anda...:) Hubungi Kami Admin SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DATO' LELA MAHARAJA 71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS MALAYSIA admin@smtdlm.com 06-6851218 06-6858178 / 06-6851831 http://www.smtdlm.com Kursus yang ditawarkan: AGROINDUSTRI TANAMAN AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN AGROINDUSTRI TERNAKAN POLTRI HORTIKULTUR HIASAN LANDSKAP MEKANISASI AGRO AKUAKULTUR PEMPROSESAN HASIL